Isnin, 22 Disember 2008

Malam Forum Perdana

Disember,20.2008

"Anak Cemerlang, Ibu Bapa Hebat"

Begitu lah tajuk yang di perkatakan oleh Ahli Panel yang dijemput khas iaitu
Ustaz Hashim Bin Othman Al-Hafiz (moderator)
Dr.Ahmad Bashir Bin Abd.Aziz dan
Sheikh Ahmad Fisol Bin Hj.Omar.
Pada malam tersebut Radio Televison Malaysia telah membuat liputan untuk siaran Perlis FM. Forum Anak Cemerlang Ibu Bapa Hebat ini adalah sempena Konvensyen Mari Belajar peringkat Negeri Perlis .

Konvensyen Mari Belajar 2J3J Peringkat Negeri PERLIS


Disember 20,2008

Konvensyen Mari Belajar Peringkat Negeri Perlis
telah di rasmikan oleh wakil Menteri Besar Perlis,
YB. Jefperi Othman Exco Agama Islam dan Islam Hadhari
.
Pogram Mari Belajar adalah kerjasama antara beberapa Jabatan, Agensi .Ngo, pihak Sekolah, Masjid dalam kawasan Pauh termasuk lah juga FELCRA, FELDA,RISDA,RTM,Kementerian
Penerangan Negeri Perlis
dan Kementerian Luar Bandar.
YB. Jefperi menerima cenderamata
dari Pengerusi GDW Paya Guring
Tuan Hj.Romle Hj.Hassan.

Pada majlis penutup, Y.A.B Dato Seri Md.Isa Bin Sabu Menteri Besar Perlis telah sudi memberi ucapan walaupun beliau dalam perjalanan ke Lapangan Terbang untuk ke Kuala Lumpur. Kesudian YAB singgah ke Majlis penutupan Program 2J3J amat kami hargai.






Ahad, 7 Disember 2008

Daging Korban 2008

Disember.07.2008

Penduduk kampong Paya Guring sepakat untuk
menumbang seekor lembu dan menagih-agih kan
daging dan memasak untuk kenduri seisi kampung
.



Kelihatan dalam gambar Tuan Haji Ramli Walat
bersedia dengan golok untuk melaksanakan tugas

Selasa, 2 Disember 2008

Kelas Bahasa (English Class)

Disember.01.2009

Homestay telah memberikan satu impak besar
kepada warga kampong Paya Guring,
apabila warga dari usia 10- 70 tahun turut sama
menyertai kelas bahasa Inggeris yang di bawa oleh
Kementerian Pelancungan Negeri Perlis.

Dengan telatah dan ragam warga emas,
bayangkan bila seumur hidup
mereka tidak pernah menyebut;
"i know how to swim"
(ai no hau tu suwim)
menjadi satu ingatan sampai bila-bila

Tahniah warga Emas Paya Guring..
anda semua telah BERUBAH
.

Terima kasih Cikgu !
Cikgu Afifah
Thank You Teacher !
Madam Afifah

Antara murid-murid (pelajar ) yang mengikuti kelas bahasa.
Huh ! Ada style .. sorang pencen polis dan sorang lagi pencen askaq

Jumaat, 24 Oktober 2008

Bakti Siswa UUM 2008

Oktober.23.2008


Pelajar-pelajar kolej kediaman Tradewinds.

Aidil Adha 2008 begitu bermakna apabila para pelajar UUM, Sintok telah merayakan bersama keluarga angkat di Kampong Paya Guring. Program sebelum ini iaitu pada 4-9 Jun.2008 adalah titik mula silaturahim yang mana telah menemukan mereka dengan keluarga angkat yang bersedia menerima
kunjungan apatah lagi di Malam Sambutan AidilAdha 2008

Pada pagi tersebut lemang, ketupat menjadi hidangan pengubat rindu pelajar yang terkenangkan kampong halaman dan ayah dan ibu. Sebelah malam pula keluarga angkat dan pelajar saling berbalas pertunjukan seperti nasyid oleh penduduk kampong juga pelajar.
Pastinya para pelajar rindukan merdunya
nasyid dari kakak-kakak dan mak angkat
yang sudah tidakasing lagi .
Bulan 7-8 musim buah wei !!!!!