Isnin, 3 Ogos 2009

Kursus Pelan Tindakan Kampung Gerakan Desa Wawasan


Sebanyak 30 buah kampung daripada 60 buah ya
ng dibawah ejensi Risda telah di jemput menyertai kursus ini yang terdiri daripada Pengerusi JKKK, Setiausaha dan AJK.
Pendafataran peserta bermula pada jam 3-4pm dan disebelah malam nya pihak Risda telah menjemput Tuan Hj.Romle Hj.Hassan sebagai
penceramah jemputan yang telah menyentuh banyak perkara dalaman JKKK (GDW), Program Homestay , Madesa dan suka duka sebelum menjadi salah sebuah kampung yang berjaya.
Dan bermula pada jam 9.00pagi keesokan harinya 3 fasilator Ustaz Nazri , Ustaz Azman dan Ustaz Shah dari INFRA memulakan kursus dengan penuh bergaya dan mencuit hati.
Pada hari ketiga, Tuan Pengarah Tuan Mohd Radzuan Mohd Diah dan tenaga penggerak dari
Risda seperti En.Badrul, Wan dan lain-lain bersedia untuk penyampaian sijil penyertaan kepada para peserta.
Majlis berakhir dengan ucapan penutupan kursus oleh Tuan Pengarah Risda.