Majalah Libur (Karangkraf) Metro, Kosmo, ejen pelancungan, Koperasi Pelancungan P.Pinang (KOPEL) RTM 1 (krew panorama) dan NTV7 telah menyertai lawatan ke Homestay Kampung Paya Guring, Pauh, Arau Perlis dengan kerjasama Tourism Malaysia Negeri Perlis.Ketibaan rombongan pada jam 12.15pm telah di sambut dengan paluan kompang dan bunga manggar oleh penduduk Kampung Paya Guring.
Setelah berehat dan beramah mesra dengan keluarga angkat, jam 2.30pm , peserta media (anak angkat) Acara ini telah berjaya menarik minat kesemua peserta media, hinggakan segala anyaman yang mereka buat telah dibawa pulang sebagai kenangan.
Selepas itu mereka telah menyertai demonstrasi menoreh getah di ke kebun getah yang sedia terdapat di dalam kampung Paya Guring. Acara ini dipilih memandangkan ia adalah merupakan pekerjaan utama majoriti penduduk kampung. Paling menarik dalam demonstrasi ini ialah proses membuat getah keping. Kerja ini pernah dilakukan satu ketika dulu di mana getah keping akan diasap apabila kering. Harga beliannya juga jauh lebih tinggi dari jualan getah sekerap.Acara yang paling dinantikan ialah menimba telaga (kolam) secara tradisional yang menggunakan timba dan tali yang memerlukan dua orang untuk menghayun timba dari telaga

Pada petang itu hampir 12 kg. berjaya ditangkap oleh wartawan dan jurugambar yang ternyata hebat seperti ikan keli, sepat kedah, haruan dan siput dalam masa 1jam sahaja.Tetapi para peserta tidak puas bergelumang dengan lumpur apabila hujan telah mula turun.
Oleh kerana wakil media yang sampai ke Homestay Paya Guring pun manusia, maka terpaut lah kedua insan pada cinta padang pertama sewaktu menimba ikan dan telah dapat di hidu oleh bapak dan mak angkat masing2. Setelah bersepakat dan bersetuju kedua2 belah pihak, maka kami terus sahaja melangsungkan upacara persandingan persandingan olok-olok (mock wedding) antara wakil media.
Kedua pengantin telah di arak menggunakan pengusung ke pelamin dan
serikan pula oleh gendang panjang dan pencak silat. Suasana perkahwinan olok-olok tersebut kelihatan seperti majlis perkahwinan sebenar apabila kedua mempelai telah di tepung tawar oleh wakil media.Majlis penutupan dilakukan oleh Puan Norashikin pengarah Tourism Malaysia Negeri Perlis
"dari pahang ke negeri perlis
singgah melawat ke muzium kayang...
waktu berpisah rasa nak nangis
bila malam terbayang-bayang....
