Jumaat, 30 Oktober 2009

Anugerah Desa Cemerlang



29.Okt.2009-Kg.Paya Guring
Photo dalam kampung & Lanskap


Beberapa jenis bunga ditanam dalam kampung
Beberapa ahli panel dari beberapa ajensi seperti Risda, Kesihatan, Kemas, Pendidikan, Felcra, telah datang melawat Kampung Paya Guring untuk melihat dan menilai pencapaian dan keceriaan kampung untuk pertandingan Anugerah Desa Cemerlang kawasan Parlimen Arau.









Kedatangan ahli panel tersebut telah disambut
oleh pengerusi Kg.Paya Guring dan penduduk
kampung dengan pakaian rasmi mereka
yang berwarna kuning, langsung diberikan
taklimat kampung oleh pengerusi
Gerakan Desa Wawasan Tuan Hj.Romle Hj.Hassan.


Hampir 2jam 30min di beri penerangan dan di soal oleh ahli-ahli panel, jamuan ringan disediakan sementara mereka di bawa ke dalam kampung untuk melihat kegiatan ekonomi yang diusahakan oleh penduduk kampung seperti membuat bakul kertas, ikan pekasam, tanaman kulat, pengusaha minyak Raja Kayu dan lain-lain lagi.


Yang menjadi fokus utama penduduk kampung
sekarang ialah menyediakan bilik-bilik dan chalet untuk program "homestay" yang sering mendapat tempahan yang masih tidak dapat menampung permintaan yang dari pelawat luar dan dalam negeri.






Ahli ahli panel telah melawat dan melihat sendiri bilik homestay dan chalet yang dibangunkan oleh penduduk kampung yang telah berdaftar dengan Kementerian Pelancungan Malaysia.




Setelah beberapa jam bersama penduduk kampung, ahli ahli panel telah bersedia untuk tugasan mereka pada sebelaah petang mula memohon untuk beredar meninggalkan kampung Paya Guring dengan harapan dapat datang kembali kerana diantara kalangan ahli panel tersebut belum pernah menjejak kaki ke sini.




Jalan jalan masuk kampung


Ahli Panel bargambar beramai-ramai di salah sebuah chalet