Selasa, 11 Ogos 2009

Lawatan Ke Sungai Pasu, Raub Pahang





Atas kerjasama dengan Majlis Tindakan Pelancungan Negeri Perlis (MTKNP)
dibawah penyelaras Cik Meera, En Fairoz dan Cik Mia
seramai 30 peserta
telah di bawa melawat Homestay Kg.Sungai Pasu di Raub, Pahang pada 06hb Ogos 2009.
Bas bertolak ke sana pada tepat jam 10.00 malam.

Jam 9.45 pagi 07/08/09 bas kami sudah masuk ke jalan kampung Sungai Pasu.
Setibanya ke kampung Sg.Pasu, kami disambut oleh Pengerusi JKKK En.Zambri, Pengerusi Homestay Puan Sumi dan anak buahnya lalu diberikan taklimat ringkas, selingan nasyid selamat datang , upacara penyerahan keluarga angkat dan jamuan ringan.
Pada hari pertama disana, kami di tunjukan penyediaan makanan dari pulut "goblong" dan setelah itu aktiviti berakit dan mengail ikan dalam kolam.
Pada malam nya taklimat kampung telah diadakan di dewan
Wawasan disampaikan oleh

Pengerusi Jkkk En.Zambri selaku Penasihat Homestay kampung
tersebut. Kebetulan pula beberapa
pelajar dari Universiti Malaya sedang membuat kajian homestay turut sama dimajlis tersebut.

Hari kedua - lawatan ke ladang tanaman bunga melur dan terus ke IKS membuat keropok, kueh ros dan
lain-lain.

Jam 2.30petang nya pula kami dibawa ke perkampungan orang asli (chewong).
kami di tontonkan tarian, musik dan permainan termasuklah cara menyumpit. Dalam pada itu terserlahlah bakat semula jadi salah seorang warga kg.Paya Guring Puan Asiah kerana berjaya mengejutkan Tok Batin kerana sumpitan kali kedua tepat (bulleye) ke sasaran.



Setelah bersuka-suka di perkampungan orang asli, kami pulang ke Sg. Pasu untuk sukan

keluarga seperti Boling Buah kelapa, balingan kasih sayang dan kerusi berirama, manakala pada malam nya pula kedua-dua buah kampung

mengadakan persembahan kebudayaan masing-masing dengan kehadiran Y.A.B Dato Syarifudin Bin Abd.Moin Adun Dong,
Pahang.


Hari ketiga - jam 9.40pagi kami bersama keluarga angkat menuju ke Lata Jarum kira-kira 16km dari Sg.Pasu untuk menikmati kehijauan dan kesejukan air di sungai Lata Jarum. Hampir 2 jam disana kami bertolak pulang dengan beberapa kenangan yang manis antara kami yang kebanyakan pasangan 50an. begitu 'sporting' dengan aksi bergambar.

Setelah berehat 1 jam, kami mula bersedia dan berkumpul untuk pulang ke Perlis . Maka berlinanganlah airmata antara dua kampung yang sebenarnya sudah pun dirasai pada malam kelmarin di malam kebudayaan dan perpisahan.
maka tepat jam 2.45petang pemandu bas kami yang di kenali sebagai Pak Jan menghidupkan enjin lalu bergerak pulang. Terima kasih Sg.Pasu, terima kasih keluarga angkat di sana, terima kasih MTPN dan terima kasih PAK JAN. Beliau begitu berhemah tinggi dan seorang pemandu terlatih yang memandu selama 12 jam tanpa komen dari penumpang semua . Syabas !

Bas tiba di kampung Paya Guring dengan selamatnya dengan bacaan doa oleh Tok Imam Sg.Pasu pada jam 3.30 pagi.