Isnin, 22 Disember 2008

Malam Forum Perdana

Disember,20.2008

"Anak Cemerlang, Ibu Bapa Hebat"

Begitu lah tajuk yang di perkatakan oleh Ahli Panel yang dijemput khas iaitu
Ustaz Hashim Bin Othman Al-Hafiz (moderator)
Dr.Ahmad Bashir Bin Abd.Aziz dan
Sheikh Ahmad Fisol Bin Hj.Omar.
Pada malam tersebut Radio Televison Malaysia telah membuat liputan untuk siaran Perlis FM. Forum Anak Cemerlang Ibu Bapa Hebat ini adalah sempena Konvensyen Mari Belajar peringkat Negeri Perlis .

Konvensyen Mari Belajar 2J3J Peringkat Negeri PERLIS


Disember 20,2008

Konvensyen Mari Belajar Peringkat Negeri Perlis
telah di rasmikan oleh wakil Menteri Besar Perlis,
YB. Jefperi Othman Exco Agama Islam dan Islam Hadhari
.
Pogram Mari Belajar adalah kerjasama antara beberapa Jabatan, Agensi .Ngo, pihak Sekolah, Masjid dalam kawasan Pauh termasuk lah juga FELCRA, FELDA,RISDA,RTM,Kementerian
Penerangan Negeri Perlis
dan Kementerian Luar Bandar.
YB. Jefperi menerima cenderamata
dari Pengerusi GDW Paya Guring
Tuan Hj.Romle Hj.Hassan.

Pada majlis penutup, Y.A.B Dato Seri Md.Isa Bin Sabu Menteri Besar Perlis telah sudi memberi ucapan walaupun beliau dalam perjalanan ke Lapangan Terbang untuk ke Kuala Lumpur. Kesudian YAB singgah ke Majlis penutupan Program 2J3J amat kami hargai.