Pada jam 8.00 malam peserta-peserta rombongan dari Komuniti Bestari Laman Bangkinang, Kampung Tapak Negeri Sembilan telah sampai dan seperti biasa disambut oleh paluan hadrah Kampung Paya Guring.
Program yang di atur oleh En.Sufian Bin Abdulah Penyelaras Komuniti Bestari Kampung Paya Guring telah membawa rombongan yang di ketuai oleh En.Abdullah Bin Hassan selaku Pengerusi Komuniti Bestari Laman Bangkinang, Kuala Pilah Negeri Sembilan di sertai bersama Puan Mimi Bt.Abdul Manap Urusetia Komuniti Bestari Negeri Sembilan juga Cik Siti Rasidah Bt.Abdul Musa Penyelaras Komuniti Bestari Laman Bangkinang.
Peserta langsung di jamu makan malam seperti gulai daging rebung, ikan keli goreng, ulaman bersambal, sayur dan buahan seperti durian
, rambutan dan langsat di hujung-hujung musim buah di Kampung Paya Guring.
Acara diteruskan dengan persembahan dari laman Bangkinang seperti Randai dan tarian Endang dan di serikan dengan persembahan Hadrah dari Kg.Paya Guring.
Persembahan yang dibawakan oleh peserta Laman Bangkinang ke Kg.Paya Guring telah
memberikan satu pengalaman baru bagi warga Paya Guring yang dapat melihat budaya Minang secara langsung.
Setelah Hadrah di palu, sebuah sajak bertajuk "
Senandung Ibu Kandung" ciptaan Cik Zurinah Hassan telah di sampaikan oleh Sdra. Husin Bin Ahmad.
Menjelang jam 11.30 tiba lah saat berpisah maka kedua Pengerusi Kg.Paya Guring dan Laman Bangkinang bertukar cenderamata.
Doa kami warga Paya Guring semuga peserta rombongan selamat tiba di Laman Bangkinang dengan selamatnya .
Bas pun bergerak ..... yang pasti nya dengkuran, kekenyangan dan seribu kenangan di bawa bersama seiringan dengan deruman enjin bas menuju ke selatan tanah air.
Salam dari kami .