Pada 2-4hb Mei 2009, krew Salam Desa (RTM) telah berkunjung ke Kampung Paya Guring bagi sesi penggambaran program Salam Desa orang kampung.
Penggambaran bermula jam 09.00am dan berlarutan sehingga jam 11.00pm.
Slot-slot pengambaran termasuk lah IKS (industri kecil sederhana)cara membuat ikan pekasam dan proses membuat krisek, manakala slot pertanian adalah seperti penanaman padi , meracun , dan membaja dan aktiviti di kebun getah pula adalah seperti menoreh, mengutip sekerap dan sebagainya. Pada petang nya pula dua permainan tradisional seperti "
Sole " dan"
Tauk Para" di mainkan oleh warga emas yang sudah jarang-jarang dimainkan.
Kelihatan dalam gambar Pengarah Risda(Tuan Mohd Radzuan Bin Mohd Diah). di temuramah oleh krew RTM. Beliau menyarankan agar kampung-kampung Gerakan Desa Wawasan (GDW) terus bergiat untuk memajukan kampung
masing-masing.
Di sebelah malam nya penggambaran di tumpukan kepada kebudayaan seperti Hadrah, Gendang Keling dan Gendang Asli. Lagu Ala Canggung menjadi lagu utama pada malam itu yang di iring oleh penari-penari.