Bersempena bulan Ramadhan 2009 yang akan bermula , komuniti Kg.Paya Guring telah bersepakat untuk menyambutnya
seperti tahun-tahun yang lalu .
Penduduk kampung telah bemurah hati dengan memberikan seekor kambing, beberapa ekor ayam, rempah ratus dan lain-lain kelengkapan.
Konsep kenduri bergotong royong telah lama diamalkan disini dengan penglibatan semua lapisan umur.
Jam 10.30 pagi kaum ibu sudah mula kelihatan bertandang ke tempat memasak dengan para bapa sibuk menyediakan unggun dan bersedia
untuk memasak yang berakhir pada jam 3.00 petang.
Menu makan malam untuk kenduri tersebut adalah seperti gulai kambing
dan ayam masak merah beserta nasi beriani dan beberapa jenis ulam-ulaman.
Majlis bermula dengan Penasihat Gerakan Desa Wawasan, Tuan Haji Ramli Bin Walat
menjemput Ustaz Marzuki membaca doa. Beliau adalah guru yang mengajar kelas agama pada setiap malam Jumaat.
Manakala penceramah undangan sempena malam"Menyemarak
Ramadhan pada malam tersebut adalah
Ustaz Usamah Ismail dari Universiti Utara Malaysia, Sintok.
Ceramah yang disampaikan pada malam tersebut juga telah dirakam oleh pihak RTM melalui Radio FM Perlis, yang boleh diikuti oleh semua warga Perlis menerusi 102.90.
Majlis berakhir pada jam 11.30 malam. maka dengan itu kami warga kampung Paya Guring mengucapkan "Selamat Menyambut Bulan Ramadhan" dan "Selamat Berpuasa" kepada semua pembaca yang mengikuti Laman Blog ini.