Khamis, 15 Oktober 2009

Model Homestay Paya Guring

Homestay Kg.Paya Guring - 15Okt.09

Wajah-wajah yang pernah menginap di Homestay Kampung Paya Guring


Sdr Azrool Raja Lawak No2


Hani pengacara RTM






Hezri pengacara Selamat Pagi Malaysia

Jaafar Onn Selebriti TV



Mark & Christ warga Jerman





Suriani pengacara dan pembaca berita TV


Tasneem pengacara Selamat Pagi Malaysia








Ahad, 11 Oktober 2009

Lawatan dari Sekolah An-Najah & Al Amin Rawang

Homestay-Kg.Paya Guring.11hb.Okt.09

2 bas dari bukit beruntung, Rawang telah tiba di Paya Guring tepat jam 4.30a.m dengan pelajar dan guru daripada Sekolah AN-Najah dan AL Amin. Walaupun tiba diawal pagi penduduk kg.Paya Guring tetap menanti dan menerima dengan tangan terbuka.

Selesai mengagih-agih bilik untuk 86 orang, pelajar dan guru pengiring menunaikan solat subuh untuk kali pertamanya di rumah bapa/ibu angkat homestay mereka.





Pada jam 8.30a.m kesemua tetamu
berangkat ke Galeri DiRaja Arau dan
lokasi yang telah mereka rancangkan dan akan pulang ke

homestay
pada lewat petang.
Setelah lengkap jadual lawatan pada hari itu, pelajar pulang ke homestay dan bersedia untuk makan malam "berkenduri"bersama penduduk kampung pada jam 8.30 malam.
Walaupun kelihatan kepenatan, pelajar-pelajar begitu riang menyusuri jalan kampung menuju ke dewan makan yang hanya 300 meter dari tempat penginapan.
Menu pada makan malam itu adalah gulai ayam, ikan goreng, sayur campur, sambal dan ulam-ulaman.

Minuman air kopi dan milo yang masih panas benar-benar menyegarkan peserta yang ternyata girang dengan kerlipan lampu di dataran Tengku Hajjah Budriah, Paya Guring.

Semua bersurai pada jam 10.30malam kerana gerimis. Cuaca pada minggu ini tidak menentu dengan hujan sekali sekala hampir setiap hari. Atas faktor itulah kuliah subuh yang di jangkakan akan di adakan di dataran Hjh.Budriah pada keesokan hari nya dibatalkan.
Dan sebelum mereka bertolak ke destinasi
berikutnya, semua peserta dijamu sarapana nasi purnama
bersama sambal tumis ikan bilis dan telur rebus.
Nyam ! sedapnya kata pelajar-pelajar tersebut, walaupun pedas
tapi sedap.
Dalam pada itu, beberapa penduduk kampung mengambil kesempatan menjual produk kraf seperti bakul. dan Bila terkenangkan Homestay Kg.Paya Guring pastinya akan terbayang ikan pekasam yang dibeli dan dibawa pulang.

Setelah itu para pelajarmengambil peluang bergambar
beramai-ramai bersama ibu-ibu angkat mereka dan rakan sekelas.




Tatkala berkemas nak bertolak semua pelajar bersalaman dengan semua penduduk kampung. Penulis merasakan ini adalah kali pertama tangan-tangan penduduk kampung kembang kerana hampir 80 orang pelajar bersusun dan berbaris memenuhi adat melayu ketika berpisah .

Pemandu sudah memanaskan enjin bas dan destinasi
mereka selepas ini adalah ke Padang Besar berhampiran sempaadan Malaysia/Thailand dan ke Taman Tasik Taiping langsung pulang ke Bukit Beruntung Rawang.





KAMI DOAKAN SELAMAT DALAM PERJALANAN PULANG DAN DATANG LAGI.