Isnin, 7 September 2009

Naiktaraf Infrastruktur Kg.Paya Guring


1. Menurap Premix jalan Yah Binti Ahmad (70 m)

Hasil perbincangan dengan pihak kontraktor, kerja-kerja ini akan disiapkan sebelum 18 September 2009.




2. Naiktaraf Dataran Tengku hajjah Budriah (190M)

Pembinaan telah hampir siap (95%) hanya pemasangan lampu sahaja.

3. Naiktaraf ASTAKA

Hanya tinggal 5% untuk siap seperti yang di jangkakan.


4. Naiktaraf Lampu Jalan kampung.
Semua pembinaan berjalan dengan lancar, hanya menunggu pemasangan bekalan letrik dari pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB)





5. Naiktaraf Bilik Gerakan Homestay dan Kelengkapan Berkaitan.

Bilik Gerakan Homestay, surau dan stor (2 tingkat) dijangka boleh digunakan pada 11 Sept.2009




6. Papan Tanda Kampung Homestay.

Penyediaan papan tanda sebanyak 4 unit telah siap untuk dipasang, cuma menanti kelulusan daripada Majlis Perbandaran Kangar (MPK) dan Jabatan Kerja Raya (JKR).


7. Naiktaraf Bilik Air Dewan

Bilik Air dewan hanya melibatkan pemasangan tangki air 300 litre.

Semua pembinaan dijangka boleh digunakan sebelum Siaran Langsung Selamat Pagi Malaysia Khas Aidil Fitri 2009 pada 21/09 dan 22/09 iaitu hari raya kedua dan ketiga oleh Radio Telivisyen Malaysia RTM 1.