Sabtu, 7 November 2009

Kursus Terapi Refleksologi


Kg.Paya Guring 2hb-6hb Nov 2009



Homestay Kg.Paya Guring


telah terpilih sebagai lokasi kursus Terapi Urutan Refleksologi setelah yang pertama dan kedua telah di adakan di Kelantan dan Pahang yang dikendalikan oleh Institut Karisma dengan kerjasama Majlis Tindakan Pelancungan Malaysia.
Dengan kehadiran 30 orang peserta , kursus di adakan di Dewan Kg.Paya Guring yang bermula pada jam 9.00 pagi.Sebagai pembuka tirai wakil dari Institut Karisma telah memberi ucapan dan seterusnya Master Wong yang berpengalaman lebih dari 20 tahun memulakan sesi pembelajaran yang di bantu oleh E.Woon.










Sesi pertama peserta didedahkan dengan asal-usul refleksologi dan teknik-teknik terbaru yang telah dibukukan dan telah diterima oleh banyak masyarakat seluruh

dunia.

Pendedahan teknik terapi tersebut disampaikan oleh Master

Wong dengan bahasa yang mudah difahami oleh peserta yang rata-rata dalam lingkungan umur 30-70 tahun.

Peserta di berikan latihan secara intensif dengan teori dan praktikal dengan kaedah yang sistematik.





Selama berkursus peserta di bekalkan dengan minum pagi, makan tengahari dan minum petang oleh petugas F & B dari Kg.Paya Guring sendiri.









.
Terdapat dua orang peserta yang sememangnya tukang urut turut bersama mendalami teknik terapi urutan tapak kaki "refleksologi" yang begitu tekun mengikuti program tersebut.

Setelah 5 hari berkampung di sini akhir nya peserta di berikan cenderamata berupa besen dan poster untuk kegunaan dan akan menerima sijil yang di keluarkan oleh Kementerian Pelancungan Malaysia sebagai pelajar yang layak menjalankan perniagaan Terapi Urutan tapak kaki. Semua perserta mengambil peluang bergambar bersama-sama Pegawai dari Institut Karisma En.Azhar dan kedua-dua tenaga pengajar iaitu Master Wong dan En Woon.




Jumaat, 6 November 2009

Bicara Ilmu

05/11/09- Program Bicara Ilmu.Paya Guring


Program Bicara Ilmu telah mengambil tempat sempena malam jumaat yang mana di kampung ini sering mengadakan solat , kelas agama, bacaan Yassin dan tahlil pada setiap minggu .Tokoh yang di jemput adalah Pak Wan Khir , Tuan Syed Muhammad dan Ustaz Wan Hashim.



Program yang telah diatur dan para tetamu telah dijemput, namun tiada siapa yang mampu menyangkal hukum alam.Manusia hanya merancang namun Allah jua yang menentukan. kebetulan pula pada minggu tersebut musim hujan yang telah menenggelamkan banyak kawasan di pantai timur.



Begitu jua lah keadaan nya di Kg.Paya Guring .Hujan lebat yang turun ketika menghampiri waktu magrib sedikit sebanyak menjejas aturcara yang disusun untuk program Bicara Ilmu.



Pun begitu ternyata tarikan program tersebut berjaya menghimpun hampir 100 + lebih penduduk kampung sekitar untuk mendengar dan mengambil peluang pada  setiap program yang di adakan di Kg.Paya Guring.






Majlis bermula setelah solat Magrib berjemaah. Penyampaian  oleh tokoh - tokoh jemputan begitu memikat dengan gaya yang mudah dan bersahaja melupakan kan penduduk kampung akan kedinginan dan kesejukan pada malam itu.


Setelah masuk waktu Isya sekali lagi penduduk berjemaah di dewan terbuka yang sepatutnya di adakan di tempat terbuka seperti diatas Dataran Tuanku Hajjah Budriah. Begitu damai bilamana doa dibacakan dalam keadaan cuaca begini yang jarang-jarang dapat kita nikmati ketika bersolat, bertahlil, berdoa dalam kawasan terbuka bersama kedinginan malam yang berangin.


Bauan hidangan makan malam yang diarak keluar dan di susun rapi di atas meja mula membuatkan semua terasa lapar  Penduduk kampung serta tetamu mula bangkit setelah puas dengan program yang di adakan. dan mula menikmati makan malam bersama sama.



Kedinginan malam ,  kepetahan berpidato tokoh jemputan juga keenakan makan malam tak boleh menceritakan hikmah keseronokan berjemaah di kawasan lapang yang sebelum kita telah lama di amalkan di zaman Rasullallah S.A.W. Apalah hikmah nya ?

Perrnah juga dalam majlis-majlis sebelum ini kami mengadakan solat subuh berjemaah di tempat terbuka. Terpukau dan terasa kebesaran ilahi bilamana takzirah sedang di perdengarkan sesudah solat suboh ketika matahari mula terbit  Anda pasti bersetuju  bilamana anda melakukan di tempat  anda .Cubalah !
itulah yang dilakukan oleh nabi Allah Adam a.s ketika di hantar ke dunia bila hilang gelap berganti siang, maka baginda pun sujud 2 rakaat tanda shukur.




Ahad, 1 November 2009

Hakas Keluarga Wawasan - HAKAS Siri 2

29-31 Okt.2009- Kg Paya Guring

Tepat jam 5.45 petang, sebuah bas mulai
memasuki medan letak kereta dan muncul lah peserta program HAKAS siri kedua juga dari Merbok, Yan Kedah seramai 40 ahli keluarga.






Seperti biasa peserta di sambut dengan iringan bunga manggar dan paluan hadrah beserta nyanyian selamat datang .

Seperti siri yang pertama, kehadiran peserta dialu-alukan oleh pengerusi Gerakan Desa Wawasan (GDW) Tn.Hj. Romle Hj.Hassan dan dimulai dengan bacaan doa oleh Tn.Hj.Ramli Bin
Hj.Walat selaku penasihat GDW.



Setelah jamuan ringan disajikan para peserta
diagih-agihkan kepada ibu-bapa angkat yang terdiridaripada penduduk kampung Paya Guring. walaupun baru berkenalan ternyata penduduk tidak kekok yang sudah biasa menerima anak-anak angkat daripada banyak negeri.



Pada malam itu sebelum bermula sesi "ice-breaking, jamuan barbeku desa ikan bakar di hidangkan sebagai makan malam yang disediakan oleh penduduk kampung secara gotong royong .


Ketua Fasilitator yang senang dipanggil Pak Wan.
Dewan menjadi gamat apabila Pak Wan mula
berceloteh untuk membiasakan peserta dengan
program dan sebagai pembuka minda
untuk memahami tujuan dan falsafah HAKAS.

Hari Kedua


Setelah berserapan di rumah keluarga angkat peserta mulai ke dewan untuk sesi yang telah di atur. Fasilitator mula mengambil tempat untuk sesi latihan dalam kumpulan dan sebagainya.


Peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu kumpulan Bapa, Ibu, Remaja Lelaki dan Remaja Perempuan. Setelah makan tengahari semua peserta lelaki dan ayah juga bapa angkat menunaikan solat jumaat di masjid berhampiran.



Sukaneka diantara keluarga adalah sebagai
riadah pada petang itu dimana boleh disaksikan
hubungan baik terjalin antara ibu, ayah dan
kedua anak remaja yang begitu akrab satu
sama lain yang mana jarang sekali kita dapat
melihat hubungan baik yang boleh dibentuk
pada hari kedua program HAKAS .




Pada sebelah malam hari kedua, semua peserta beserta penduduk kampung berjemaah solat magrib dan bacaan yassin setelah itu langsung menunaikan solat fardhu isya sebelum menikmati makan malam.

Hari Ketiga-

Pagi ini tergambar diwajah peserta keceriaan berbeza sewaktu hari pertama tiba mungkin kerana kesedaran, pengetahuan, dan tunjuk ajar yang telah mereka dapati dalam Program HAKAS dan begitu sensitif apabila tiba saat-saat untuk berpisah.
Setelah sesi terakhir pun berakhir, ibu dan bapa angkat menyerahkan
cenderahati, sesi bergambar beramai-ramai di adakan di hadapam astaka Dataran Tuanku hajjah Budriah dan setelah itu kedengaran penduduk kampung bersolawat mengiringi perpisahan sementara dan berpelukan lah sesama insan yang berjaya di programkan insyaalah akan menjadi keluarga penyayang, berilmu dan berkualiti.



Kepada semua peserta dan ahli keluarga Kg Merbok.... anggaplah ini bukan perpisahan yang terakhir, keran sekali silaturahim telah terjalin maka insyaalah saudara lah kita selagi hayat di kandung badan. Doa kami semuga ikatan yang baik akan terbuku menjadi sebuah keluarga yang besar. Semuga Allah melindungi tali perhubungan kita yang terlibat secara langsung atau tidak dalam program yang sebaik ini demi Agama, Bangsa & Negara.