22hb - 23hb Sept 2009 - Kg.Paya Guring
menjadi tetamu dan peserta Homestay Kg.paya Guring
selama 4 hari sehingga ke Hari Raya ke4. Ini adalah
kunjungan kali pertama ke Malaysia hasil
daripada pemasaran oleh Kg.Paya Guring
sendiri bersama dengan Tourism Malaysia
dan Majlis Tindakan Pelancungan
Negeri Perlis.
Mereka berdua adalah
Markus Zink dan pasangan nya Christina Blumberg.
Selain belajar kebudayaan Melayu, mereka juga di tunjuk dan demo membalut ketupat daun palas
mengacau dodol, menoreh getah dan
mengikuti penggambaran Selamat Pagi Malaysia edisi khas Hari Raya
Selain daripada warga Jerman, terdapat
juga pelajar-pelajar dari Tibet, Somalia
dan China yang turut serta meraikan
majlis Hari Aidil Fitri 2009 disini.
Bergambar bersama keluarga angkat aadalah sesuatu yang paling
manis untuk dibawa pulang kerana hubungan yang terjalin akan dibawa bersama dengan anak-anak yang sedang membesar.
Dari Kiri Irfan Ukasha, Christina Blumberg, Markus Zink, Ramyzan, Baby Afief Ukasha,Baziel Ukasha, Nazri dan Siti Sabiela