
Pada jam 09.00 pagi 24hb.Julai 09 , kampung Paya Guring, Pauh dan Felda Mata Air berkumpul di Pejabat Tourism Perlis sempena lawatan ke Desa Wang Tok Rendong, Pulau Langkawi dan Jeruju, Jerlun Kedah atas program Tourism Negeri Perlis.Taklimat disampaikan oleh Pengarah Tourism Negeri Perlis, Puan Ashikin.
Keesokan paginya semua peserta berkumpul menuju ke Jeti Kuah untuk ke Kampung Jeruju di Jerlun Kedah. Ajensi MADA negeri Kedah memainkan peranan proaktif bagi memajukan Kampung Jeruju (nama pokok) dimana pembangunan kampung tersebut kemas tersusun .Peserta dijamu minuman yang tidak asing lagi dari kampung tersebut iaitu "Nira Nipah"
Pengalaman di dua kampung tersebut dapat kami menafaatkan memandangkan Homestay Kampung Paya Guring dan Homestay Felda Mata Air diantara 3 kampung Homestay di Negeri Perlis.
Seperti di Desa Wang Tok Rendong, peserta di
hiburkan dengan permainan dan kebudayaan dari Kampung Jeruju dan diakhiri dengan perlawanan bolasepak. Setelah itu peserta juga sempat membeli beberapa produk tempatan seperti Cuka Nira Nipah, Jeli Nipah dan ole-ole sebagai kenangan untuk dibawa pulang.

Diatas ushaha gigih Puan Ashikin, Pengarah Tourism Negeri Perlis, kami berbangga dapat turut serta menjayakan program-program yang di kendali oleh beliau. Terima kasih juga kepada kakitangan Tourism Malaysia Negeri Perlis seperti Sdr Azrin (LOBO) dan Sdr Isma kerana tugasan yang di kendalikan berjalan begitu lancar.
