Selasa, 25 Ogos 2009

Warga Termuda Paya Guring





Rabu - 25/08/09 bersamaan 4 Ramadhan 1430


Seorang lagi warga Paya Guring telah hadir dari pasangan Nazri dan Ramyzan hasil dari perkahwinan mereka yang ke 14 tahun untuk anak yang ke 4.


Bayi lelaki yang diberi nama Afief Uksaha itu lahir pada jam 9.37 am
di Hospital Kangar menceriakan bukan sahaja pasangan tersebut, malah kesemua penduduk Kampung Paya Guring dan saudara mara yang datang menziarah dan mengucapkan tahniah.




Semuga apa saja yang di usaha demi kemajuan oleh JKKK dan warga kampung akan di teruskan oleh anak-anak Paya Guring dimasa-masa akan datang.

Insyaalah !



Ahad, 23 Ogos 2009

Pemilihan Lokasi Siaran Langsung Khas Program Selamat Pagi Malaysia Aidil Fitri - RTM 1


23/08/09 - Paya Guring

Satu pertemuan antara Pengerusi JKKK Paya Guring dengan Penerbit dan Juruteknik Selamat Pagi Malaysia (SPM) RTM 1 telah diadakan di Dewan Terbuka Kampung Paya Guring bagi pemilihan lokasi penggambaran
Siaran langsung Khas Aidil Fitri 2009 yang di ketuai oleh Kak Mis.


Setelah mendapat lampu hijau dari jurutenik yang meninjau kawasan lokasi dan penerimaan untuk stesyen pemancar berdekatan, mesyuarat terus dimulakan dengan agenda dan
pengisian program untuk siaran langsung yang akan ditetapkan selama dua hari bermula SPM hari raya ke2 dan ke3.(22/09 -23/09) jam 7.30pagi-9.30 pagi.

Pemilihan adalah berdasarkan kesesuaian tempat, keceriaan kampung dan pengalaman kampung Paya Guring itu sendiri yang telah 9 kali dipilih sebagai lokasi penggambaran seperti program
Sana Sini, Panorama, Senamrobik, Salam Desa dan lain-lain.

Hari Raya tersebut adalah seperti meraikan anak-anak yatim, OKU, pelajar-pelajar luar negara yang tidak dapat pulang ke negara semasa Aidil Fitri merasai suasana berhari raya di kampung .
Salah satu pengisian utama program.

Pemilihan lokasi adalah berdasarkan pengalaman dan pengamatan dari pandangan jurukamera dan ilustrasi pelukis seperti lakaran dibawah yang di lukis oleh Shukri Hj.Mohd Noor.