Isnin, 19 Oktober 2009

Hari Keluarga Wawasan - HAKAS

15-17.Okt. 2009 - Hari Keluarga Wawasan HAKAS Siri 1



Penduduk Kampung Paya Guring pada hari ini bersedia
menyambut tetamu daripada Kg.Bujang dan Kg.Batu Hampar, Lembah Bujang, Merbok Kedah yang tiba jam 6.30 petang hari Khamis.
Kehadiran pelawat tersebut adalah daripada program Hakas yang
di anjurkan oleh Kementerian Luar

Bandar dan Wilayah.



Peserta terdiri daripada 10 ketua keluarga bersama ahli keluarga berjumlah 40 orang,telah di sambut dengan bunga
manggar dan paluan Hadrah menuju ke dewan utama.



Jamuan selamat datang telah

disediakan seperti biasa baik
untuk pelawat domestik mahupun
pelawat antarabangsa.


Ucapan alu-aluan oleh pengerusi Kg.Paya Guring, Tn Hj.Romle Hj.Hassan memulakan majlis bersama bacaan doa yang disampaikan pula oleh penasihat Gerakan Desa Wawasan (GDW) Tn.Hj Ramli Hj.Walat, maka majlis penyerahan peserta kepada keluarga angkat pun bermula.



Setelah dibawa pulang ke rumah keluarga angkat, pada malamnya dijamu makan malam "kenduri kampung" yang di masak secara bergotong royong oleh penduduk kampung.





Dan pembelajaran pertama pun bermula dengan Ketua Fasi,

En.Wan Khir yang senang di panggil Pak Wan yang disertai oleh Tn.Syed
Abdullah ,Dr. Affendy dan Cik Norzita.

Majlis malam itu




berakhir pada jam 11.00 malam dan pastinya
para peserta tak sabar untuk meninjau ke
pelusuk kampung pada keesokan harinya.

Hari Kedua-


Pada awal pagi nya peserta bersarapan bersama keluarga angkat

sebelum menuju ke dewan
utama untuk pengisian atur cara yang telah disusun. Peserta diasingkan mengikut kategori untuk bapak-bapak, ibu-ibu dan para remaja yang dikendalikan oleh fasi-fasi dibeberapa lokasi yang disediakan.



Rata-rata peserta mengatakan berkursus di luar bilik di adalah lebih selesa dengan suasana kampung berbanding didalam bilik.
Latihan dalam kumpulan untuk kaum bapak sahaja yang dilakukan di dalam bilik mesyuarat, manakala kaum ibu dan para remaja diadakan di tempat terbuka seperti di wakaf-wakaf.

Setelah diasak dengan pembelajaran dan teladan yang berguna,

peserta di ajak bersukaneka pada petang nya untuk merapatkan
jurang antara keluarga yang mengamatkan suasana petang di
Dataran Tengku Hajjah Budriah.





Manakala disebelah malamnya pula peserta dan penduduk kampung bersolat berjemaah dan berkumpul untuk membaca yassin di atas dataran yang berkelipan lampu berwarna warni yang terpasang pada setiap malam di
Kampung Paya Guring.





Setelah itu kelas bersambung dengan pengucapan ayat-ayat yang telah di tulis oleh para bapak, ibu dan anak remaja yang mana benar-benar menyentuh perasaan keluarag tersebut bilamana dapat dilihat air mata mengalir daripada bapak, ibu dan anak dan langsung berdakapan
sesama mereka. Penduduk kampung yang memerhati dari luar turut tumpang terharu kesan dari motivasi dan hentakan minda oleh fasi-fasi jemputan.




Hari ke 3-




Pada pagi ketiga peserta hadir dengan wajah

yang lebih segar berkemungkinan kerana suasana persekitaran yang berbeza daripada kampung halaman peserta, memudahkan ketua fasilitator menyampaikan pembelajaran terakhir sebelum majlis penyampaian hadiah sukaneka dan penutupan majlis bermula.


Setelah sudah majlis penutup

beserta doa, para peserta mengambil peluang bergambar beramai-ramai
dihadapan astaka Paya Guring dan klimaks nya tatkala para peserta mulai menangis apabila penduduk kampung mula berselawat seiringan
dengan adegan peluk memeluk, bersalaman dan mengucap salam. Jika diperhatikan pada remaja lelaki yang datang pada hari pertama dan hari terakhir, ternyata



Pak Wan dan rakan-rakan fasi yang lain telah berjaya mengaman dan membawa mereka kedalam satu sikap, nilai-nilai dan berperwatakan yang membanggakan kepada ibu-bapa mereka. SYABAS !














































Apabila peserta sudah menaiki kedalam bas, Hj.Ramli Hj.Walat
sekali lagi membaca doa bagi pihak penduduk Kg.Paya Guring mendoakan keselamatan peserta semasa dalam perjalanan pulang.

"Tiada yang lebih
besar rahmat nya, bilamana silaturahim itu dijalinkan sesama islam".
Terima kasih kepada sesiapa sahaja di sebalik tabir sana yang merancang, melaksana dan
mengotakan satu program yang islamik selaras dengan pengertian
silaturahim.

Semuga anda -anda diberkati. AMIN-