Rabu, 3 Mac 2010

Cuti - Cuti 1 MALAYSIA Travel Fair

03-03-2010 - Misi Jualan Domestik

         Homestay Kg.Paya Guring sekali lagi telah di pilih menyertai Misi Jualan Domestik yang akan diadakan di Hotel Puteri Pasific mulai 24 - 28 hb Mac 2010 yang akan dirasmikan oleh YB Timbalan Menteri Pelancungan.Pelancaran tersebut bersempena dengan Cuti-Cuti 1Malaysia Travel Fair 2010.

Manakala perasmian 'Travel Mart' pula akan di rasmikan oleh Y.Bhg Dato`Ketua Pengarah Tourism Malaysia di Hotel Thistle pada 26hb Mac 2010 yang turut di sertai oleh 70  ejen pelancungan . Berbagai hadiah disediakan untuk pemenang tiket bertuah berupa pakej pelancungan domestik, penginapan dan tiket lawatan.
Homestay Kg.Paya Guring sedia menerima tempahan untuk anda menikmati suasana "Kampung dalam Dusun" atau untuk ANDA merasai musim buah-buahan pada Julai - Sept setiap tahun .

JUMPA ANDA DI PASIFIC HOTEL JOHOR BAHRU

Ahad, 28 Februari 2010

Konvoi Bermotorsikal dari Taiping

26-02-2010


Simple Easy Riders Club
dari Taiping yang di ketuai oleh Kapt.Tamin bersama rakan-rakan telah berkonvoi  memasuki sempadan Negeri Perlis,dan  mereka telah dinanti oleh Kelab Jaguh Perlis dan langsung menerajui ke destinasi Homestay Kg.Paya Guring . Apabila dua kelab bersatu disini, mereka telah disambut oleh Pengerusi Gerakan Desa Wawasan (GDW) Tn.Hj.Romle Bin Hasssan dan penduduk kampung. 


Setelah ucapan selamat datang oleh Pengerusi Kg.Paya Guring, Kapt Tamin selaku Presiden Simple Easy Riders Club pula memberikan ucapan balas dan di seli pula oleh Presiden Kelab Jaguh Perlis Encik Munir. 
Konvoi dari Taiping adalah seramai 19 orang dengan ahli tertua adalah berusia 57 tahun iaitu Tuan Hj, Abu Bakar. Dengan bergabung nya dua kelab tersebut, jumlah motorsikal yang berderum di Homestay Paya Guring adalah berjumlah 40 buah.

Sementara menanti pendaftaran ke Homestay, peserta telah dijamu minum petang dan sempat berbual mesra dengan penduduk kampung dan bergambar beramai-ramai. Cuaca begitu baik sepanjang perjalanan dan mereka telah singgah di Alor Setar untuk bersolat Jumaat,  menurut kata Pegawai perhubungan Simple Easy Riders Club , Sdr Mohd Saad. dalam perancangan mereka keesokan nya pula , Kelab Jaguh Perlis akan berkonvoi bersama ke Gua Kelam.Sebelum magrib semua mereka telah berlapang-lapang ke kediaman di Homestay, sebelum ke Kuala Perlis untuk makan malam. Selamat Beristirehat

Hari ke 2
Semua peserta telah bersiap sedia untuk destinasi hari kedua dan mereka telah pun check-out pada awal pagi menuju ke Gua Kelam , Taman Anggur, Herba, Taman Ular dan Ladang Tebu.Kami warga Kg.Paya Guring mendoakan keselamatan semasa berkonvoi dan berharap semuga Sdr2 dan Sdri2 akan berkunjung lagi ke HOMESTAY KG.PAYA GURING. 
Salam Vro00m dari kami.

Isnin, 22 Februari 2010

UiTM International Centre

17-20 Feb 2010

Homestay kampung Paya Guring telah di pilih oleh Kementerian Pendidikan Tinggi sebagai lokasi projek perintis bersama -sama dengan UiTM, Shah Alam Selangor.
Seramai 33 peserta termasuk Kaunselor, Pensyarah dan pegawai terlibat dalam Program Khidmat komuniti (Service Community Programme ) bermula dari 17 hingga 20 hb Febuari 2010.

Tepat jam 3.00 petang bas UiTM memasuki perkarangan pintu masuk kampung  dan telah di sambut oleh paluan Hadrah dan penduduk kampung yang berbaris dan bersalaman dengan pelajar-pelajar sambil tersenyum !

Majlis di mulakan dengan ucapan aluan oleh Penasihat Homestay Kg.Paya Guring Tuan.Hj.Ramli Bin Walat mewakli Pengerusi Tn.Hj.Romle Hassan.
Penyerahan anak-anak UiTM oleh Puan Azzah selaku Kaunselor kepada warga Paya Guring, telah disambut dengan gembira.
Semasa bersalaman dengan keluarga angkat, mereka di tunjukkan cara bersalaman dengan orang yang lebih tua iaitu mencium tangan dan mereka telah menunjukkan sikap yang mahu mempelajari budaya Melayu dengan cepat tak hairan lah kenapa mereka cepat boleh bercakap dalam bahasa Melayu.Tahniah ! Terasa mesra tatkala jamuan pada petang itu bilamana pelajar mengambil peluang duduk bersama keluarga mereka sambil bercerita dan mengambil berat satu sama lain.



Setelah semua peserta pulang bersama keluarga angkat, Puan Azzah telah mengikuti dari belakang untuk melihat sendiri para pelajar bersama keluarga dan menemu bual keluarga untuk mengetahui latarbelakang dan sebagainya. Pada sebelah malam nya pula sesi suai kenal telah di adakan di dewan terbuka Kg.paya Guring dan para peserta telah tampil memberikan respon yang mata baik yang bercerita tentang pengalaman , asal usul dan pelbagai topik yang di kendalikan oleh Sdr.Nazri . rami yang terbahak-bahak dengan telatah dan kerenah peserta yang di jemput naik. HEBAT !


Dalam masa tu sempat juga Puan Azzah melawat sebatang pokok Keranji yang berusia lebih dari seratus tahun dan di abadikan dalam gambar.Penulis pernah bercakap dalam forum di PJ Hilton pada tahun 2009 tentang kesedaran masyarakat mengenai sumber alam yang masih wujud, untuk di warisi kepada generasi sekarang. Adalah mudah untuk menumbang kan sebatang pokok yang saiz nya hampir 2 pemeluk, tetapi fikirkan berapa lamakah masa yang perlu untuk kita nikmati hasil alam ini. Penulis masih berharap sekiranya ada pihak yang berminat untuk membuat kajian mahu pun menaja pokok ini dari terus di tebang atas sebab-sebab tertentu.

Pada hari kedua di Homestay Paya Guring, pihak UiTM International Centre pula mengambil giliran dalam Program Khidmat Komuniti dengan menganjurkan Sesi Dialog bersama dengan warga Paya Guring dengan tajuk Mentaliti Operator Homestay  dibawah kendalian Puan Azah dan SDr. Firdaus.Pelbagai topik dan pertanyaan  telah disuara dan dilontarkan oleh peserta. Pun begitu kebolehan Puan patut di puji kerana bijak menggunakan batas dan waktu bersama Sdr.Firdaus dengan demo susun atur juga  cara-cara memotong buah hidangan VVIP. BRAVO !
Di sebelah petang nya pula Khidmat  Komuniti UiTM sekali lagi bergotong royong dan memperkemaskan lagi Lanskap di persekitaran dewan Kg.Paya Guring dengan hanya 1 jam 30 minit berbekalkan dengan 'team spirit' dari pelbagai negara akhirnya sentuhan mereka berjaya membuat taman mini UiTM. SYABAS !!! Tabik ! Salute !
Senja menjelang tiba, seorang demi seorang meninggalkan perkarangan dewan menuju ke rumah keluarga masing-masing.
Selepas solat magrib dan Isya berjemaaah warga Paya Guring mengadakan bacaan Yassin bersama pelajar.
Tepat jam 9.30malam, semua peserta tiba di Dewan terbuka untuk program demontrasi seperti menyediakan inai untuk pengantin, anyam keterok, ketupat palas, kukur kelapa, penyediaan bunga telur, bermain congkak dan membuat wau. Diantara semua demo - demo tersebut, malam berinai lah yang paling manis dan indah , apatah lagi kedua mempelai dapat mengalami pengalaman malam berinai hinggalah ke pelamin yang akan berlangsung pada keesokan malam nya.Pengantin lelaki dari Somalia manakala pengantin perempuan dari Thailand.


Sebagai penghormatan. Puan Azza telah di jemput untuk menginaikan kedua mempelai bersama warga paling tua di Paya Guring, Wa Ahamd Abdulah.beliau berusia 93 tahun yang begitu 'sporting' menginaikan pengantin sambil bercerita pengalaman lama beliau suasana kenduri kahwin pada tahun 1930an. Walaupun hanya sebagai olok-olok, tetapi kedua mempelai tersipu-sipu malu bila digandingkan bersama.Malam kedua yang sungguh bermakna bagi mereka berdua di Homestay Paya Guring. majlis berakhir pada jam 11.30malam.

Hari Ke 3
Seawal pagi peserta tidak sabar menantikan kedatangan bas kerana hari ini adalah program ke Gua Kelam, tepat jam 9.00 pagi  bas mula bertolak ke destinasi dengan riuh rendah peserta didalam bas.Pengalaman penulis bersama mereka mengingatkan zaman persekolahan yanag telah lama ditinggalkan. Ternyata peserta yang mula berkenalan semasa dalam perjalanan kesini sudah mula serasi antara satu sama lain. Mereka adalah dari fakulti yang berbeza dari UiTM Shah Alam. 



Pengalaman pertama di pintu masuk Gua...Chef Firdaus di sengat tebuan di jari nya ketika membasuh tangan didalam bilik air berhampiran kaunter. Perasaan peserta bagitu teruja apabila melangkah masuk tatkala menuruni tangga menuju ke sungai bawah tanah. Hanya berbekalkan lampu dari 'Handphone' kami begitu berhati-hati kerana besi, kayu dan halangan yang menanti kami di dalam perut gua tersebut benar-benar mencabar dan menguji kesabaran selama hampir 50 minit meredah kegelapan di dasar gua yang berair, akhirnya kami tiba dimulut gua sebelah dalam yang menghubungi sungai. Dari situ kami masuk ke titian umum untuk keluar melalui gua yang lain. Phuss !! satu pengalaman yang luarbiasa, dimana langsung tiada dalam fikiran kami sebelum itu apakah yang menanti kami dalam perut gua di sungai bawah tanah kerana ramai yang menceritakan pernah terserempak dengan ular dan binatang buas di dalam tu. Alhamdulilah..semua nya selamat .
sambung ...lagii....................

Sabtu, 28 November 2009

Korban Aidil Adha 2009

27.Nov. 2009 - Hari Raya Korban (Aidil Adha 09 )


Kampung Paya Guring  seperti tahun-tahun sebelum nya telah melakukan acara korban sempena sambutan Hari Raya Aidil Adha  untuk kali ke 15.
Di pecahkan kepada 7 tompok, penduduk kampung Paya Guring secara bergotong royong telah berpakat untuk melakukan dari penyembelihan, lapah, membersih hinggalah memasak daging tersebut untuk di buat kenduri dan di makan beramai-ramai.


Selepas sahaja menunaikan solat sunat Aidil Adha, penduduk kampung pun mula berkumpul di tempat penyembelihan untuk menumbangkan seekor lembu yang sihat dan tidak cacat selaras dengan tuntutan agama.
 
Di  ketuai oleh Tuan Hj.Ramli Hj.walat sebagai tukang sembelih dan dibantu rakan sekampung yang lain.

Tidak seperti di tempat lain,  setelah
di timbang daging agihan dari 7 tompok tersebut maka di sedekahkan pula untuk di masak dan perkongsian itu di nikmati bersama sama  penduduk Kg,Paya Guring dan keluarga jauh dan dekat daripada 7 peserta daripada 7 tompok tesebut.



Adalah lebih makmur dan bermanafaat bilamana seekor lembu dapat di nikmati oleh hampir 150 orang dalam pada masa yang sama, tua, muda dan kanak-kanak, berbanding seandainya 7 tompok tersebut di bawa pulang oleh 7 orang yang berkongsi seekor lembu.

Insyaallah pada tahun berikutnya tradisi sebegini akan diteruskan oleh generasi yang bersilih ganti, semuga Allah menerima korban yang telah di jayakan oleh ketujuh peserta tersebut yang dapat dirasai oleh ramai keluarga, sahabat handai dan penduduk sekeliling.
Selamat menyambut Hari Raya Korban 2009 .


Jumaat, 20 November 2009

Pelajar Luar Negara -USM



20/11/09 - Homestay Kg.Paya Guring


Hampir 40 orang pelajar dari beberapa negara Asia  yang menuntut di Universiti Sains Malaysia telah bertandang dan tinggal selama 3 hari 2 malam di Homestay Kg.Paya Guring.Bas yang tiba pada jam 5.30pm telah disambut seperti biasa dengan bunga manggar, hadrah dan deretan penduduk kampung yang berseragam lelaki dan perempuan.


Rombongan yang di ketuai oleh Cik Faridah wakil dari Hal Ehwal Pelajar telah dialu-alukan oleh Penasihat Homestay dan JKKK Kg.Paya Guring
  

Hidangan minuman selamat datang. Latar belakang yang berbeza antara pelajar-pelajar yang datang dari Arab Saudi, Palestin, Jordan, Lebanon, Pakistan, Iran, Bangladesh, Afrika, Filipina, Thailand Turki dan sekitar Asia telah memberikan satu kelebihan kepada penduduk kampung kerana berani menerima mereka sebagai anak angkat walaupun tidak fasih berbahasa Inggeris, namun warga Paya Guring mampu melayan makan dan minum dengan senyum yang penuh keikhlasan.



Satu kebanggaan apabila En.Abdullah  Bin Ahmad @Wa Mat yang berusia 93 tahun serta isteri yang hanya tinggal berdua mampu menerima anak angkat perempuan dari Iran dan Bangladesh. Walaupun usia hampir mencecah 100 tahun , tetapi sikap bermasyarakat dan penglibatan dalam apa jua program di Kg.Paya Guring wajar di contohi dan kalau boleh pihak - pihak tertentu atau kerajaan perlulah mengangkat dan mengiktiraf individu individu seperti beliau sebagai ikon .


Setelah pengagihan anak anak angkat dilakukan, maka berduyun-duyun lah mereka melewati jalan kampung menuju ke rumah keluarga angkat masing-masing. maka tersenyum lah keluarga apabila menerima anak angkat daripada beberapa negara yang berbeza.Pada sebelah malamnya peserta di persembahkan dengan acara kebudayaan seperti Hadrah, Gendang panjang ,Pencak Silat,Nasyiddan  tarian Poco-poco.Sebagai membalas persembahan tuan rumah beberapa pelajar dari Timur tengah mempersembahkan tarian dan membaca sajak dalam bahasa Arab di iringi oleh tiupan nafiri.


Hari ke 2



Pada awal pagi peserta mereka di tunjukkan demo membuat bakul daripada kertas sementara menanti hukjan teduh dan setelah itu di bawa merentas kawasan bendang sambil mengail ikan dan mereka dapat melihat sendiri aktiviti di sawah seperti membaja, merumput dan sebagainya dalam hujan renyai-renyai.


Dan setelah puas mengail ikan mereka di bawa pula ke kolam untuk menimba dengan mengunakan timba yang di hayun menggunakan tali. Miski semua peserta terlibat, namun mereka masih ragu-ragu untuk terjun ke dalam kolam berlumpur untuk bersama-sama menangkap ikan sepat, haruan, keli puyu dan lain-lain.


Keadaan cuaca telah membatalkan program "ke kebun getah" untuk menoreh dan langsung ke Dewan utama untuk demo seterusnya seperti menganyam Keterok, Ketupat Palas , bermain Congkak , Batu Seremban.juga Mengukur/memarut  kelapa kukuq nyok) .Setelah puas dengan demo, peserta lelaki mencuba pula bermain Hadrah dan sepak raga.
 
Lewat petang mereka mula berjalan menuju ke Pekan Pauh untuk membeli barangan dan cenderamata untuk keluarga masing-masing.

Hari Ke 3
Saat -saat yang yang sukar untuk tuan rumah apabila tiba waktu berpisah dimana beberapa pelajar telah mula memeluk keluarga masing-masing setelah ucapan demi ucapan oleh Pengerusi, Wakil Pelajar dan penduduk kampung . Walaupun hanya 3 hari 2 malam ternyata kemesraan yang terjalin menunjukan yang tuan rumah sudah terbiasa yang sering menerima tetamu angkat begitu cepat dan menambat hati peserta dari luar negara .



Semasa ketibaan bas , masih terdapat anak-anak angkat yang berat meninggalkan Homestay Kg.Paya Guring dengan membawa pulang beberapa jenis anak semaian tanaman yang sesuai di tanam didalam bilik sebagai kenangan. 




Salam dari kami untuk ANDA semua. Semuga selamat ke destinasi .

 






Sabtu, 7 November 2009

Kursus Terapi Refleksologi


Kg.Paya Guring 2hb-6hb Nov 2009



Homestay Kg.Paya Guring


telah terpilih sebagai lokasi kursus Terapi Urutan Refleksologi setelah yang pertama dan kedua telah di adakan di Kelantan dan Pahang yang dikendalikan oleh Institut Karisma dengan kerjasama Majlis Tindakan Pelancungan Malaysia.
Dengan kehadiran 30 orang peserta , kursus di adakan di Dewan Kg.Paya Guring yang bermula pada jam 9.00 pagi.Sebagai pembuka tirai wakil dari Institut Karisma telah memberi ucapan dan seterusnya Master Wong yang berpengalaman lebih dari 20 tahun memulakan sesi pembelajaran yang di bantu oleh E.Woon.










Sesi pertama peserta didedahkan dengan asal-usul refleksologi dan teknik-teknik terbaru yang telah dibukukan dan telah diterima oleh banyak masyarakat seluruh

dunia.

Pendedahan teknik terapi tersebut disampaikan oleh Master

Wong dengan bahasa yang mudah difahami oleh peserta yang rata-rata dalam lingkungan umur 30-70 tahun.

Peserta di berikan latihan secara intensif dengan teori dan praktikal dengan kaedah yang sistematik.





Selama berkursus peserta di bekalkan dengan minum pagi, makan tengahari dan minum petang oleh petugas F & B dari Kg.Paya Guring sendiri.









.
Terdapat dua orang peserta yang sememangnya tukang urut turut bersama mendalami teknik terapi urutan tapak kaki "refleksologi" yang begitu tekun mengikuti program tersebut.

Setelah 5 hari berkampung di sini akhir nya peserta di berikan cenderamata berupa besen dan poster untuk kegunaan dan akan menerima sijil yang di keluarkan oleh Kementerian Pelancungan Malaysia sebagai pelajar yang layak menjalankan perniagaan Terapi Urutan tapak kaki. Semua perserta mengambil peluang bergambar bersama-sama Pegawai dari Institut Karisma En.Azhar dan kedua-dua tenaga pengajar iaitu Master Wong dan En Woon.