Sabtu, 17 Januari 2009

Lawatan Intergrasi Ke Paya Guring

From 15 January 2009

Lawatan dari Komuniti Bestari Repoh, bersama Pengarah
Penerangan Malaysia Perlis.
Ketibaan rombongan ahli Komuniti Bestari (KOBES) Kampung Repoh telah di sambut dengan paluan hadrah oleh pasukan hadrah Kampung Paya Guring. Rombongan seramai 40 orang ahli tersebut kemudiannya di beri taklimat oleh Haji Romle bin Haji Hassan selaku Pengerusi KOBES Kampung Paya Guring. Turut hadir sebagai tetamu khas pada petang itu Pengarah Penerangan Malaysia Perlis dan timbalan beliau En. M. Rizal. Pengerusi KOBES Kg. Repuh, En.Ahmad Hassan selaku ketua rombongan, dalam ucapan balasnya berasa terharu dengan sambutan dan kemesraan penduduk kampung. Beliau juga turut mengkagumi kejayaan yang telah dicapai oleh KOBES Paya Guring,
selama 10 tahun walaupun terpaksa menempuh segala jenis percubaan dan halangan. Beliau juga seterusnya menyarankan agar KOBES Kampung Repuh meniru cara Paya Guring untuk mencapai kejayaan.
tuan Pengarah Kem.Penerangan telah memaklumkan bahawa K-Bistari Repuh telah menerima sebuah komputer untuk kegunaan mereka.Setelah tetamu menjamah hidangan, mereka dibawa kedalam kampu ng untuk melihat projek tanaman sayur, cendawan, ikan keli, cacing dan melihat sendiri program 'Homestay' yang telah berjaya menjana pendapatan penduduk kampung Paya Guring.Satu jam sebelum berangkat pulang, bersama penduduk tuan rumah telah beramai-ramai bersenam robik berirama yang kendalikan oleh 'Tokwan' .
lanjutan dari itu kedua-dua komuniti Bistari (K-Bistari) telah mengadakan Demontrasi Aman di Dataran Hajjah Budriah, Paya Guring. Pauh Arau Perlis.Berita ini telah disiarkan dalam akhbar Sinar pada 19hbJanuari.2009.

Khamis, 15 Januari 2009

Penggambaran Zoom Malaysia






Januari 13,2009
Krew dari RadioTelevision Malaysia bersama pihak
Kementerian Pelancungan Malaysia telah datang untuk sesi
penggambaran untuk tayangan rancangan ZOOM Malaysia terbitan RTM.
Bersama krew terbitan, Pengacara yang tidak asing lagi Cik Suriani
telah melihat sendiri keadaan Kampong Paya Guring
yang mana terdapat produk-produk seperti tanaman sayur-sayuran,
ternakan ikan keli, Cacing,perusahaan tanaman Cendawan dan lain-lain lagi .


Konsep dusun dalam kampong telah
memberikan satu kelebihan kepada
Kampong Paya Guring untuk memperkenalkan 'HomeStay' kepada dunia luar atas kerjasama dengan Kementerian Pelancungan Malaysia dimana telah memberikan satu pendapatan tambahan kepada penduduk kampung.
Pengerusi Gerakan Desa Wawasan (GDW) bersama Cik Suriani pengacara rancangan ZOOM dan krew penggambaran bergambar di hadapan Surau sementara Kampung Paya Guring, Pauh Arau.PERLIS.
http://homestay.uum.edu.my/Eng/index2.asp?pg=WHSLatar&ID=102