
Penggambaran bermula jam 09.00am dan berlarutan sehingga jam 11.00pm.
Slot-slot pengambaran termasuk lah IKS (industri kecil sederhana)cara membuat ikan pekasam dan proses membuat krisek, manakala slot pertanian adalah seperti penanaman padi , meracun , dan membaja dan aktiviti di kebun getah pula adalah seperti menoreh, mengutip sekerap dan sebagainya. Pada petang nya pula dua permainan tradisional seperti " Sole " dan" Tauk Para" di mainkan oleh warga emas yang sudah jarang-jarang dimainkan.
Kelihatan dalam gambar Pengarah Risda(Tuan Mohd Radzuan Bin Mohd Diah). di temuramah oleh krew RTM. Beliau menyarankan agar kampung-kampung Gerakan Desa Wawasan (GDW) terus bergiat untuk memajukan kampung
masing-masing.
Di sebelah malam nya penggambaran di tumpukan kepada kebudayaan seperti Hadrah, Gendang Keling dan Gendang Asli. Lagu Ala Canggung menjadi lagu utama pada malam itu yang di iring oleh penari-penari.
masing-masing.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
thank`s for your comment