

Program yang di atur oleh En.Sufian Bin Abdulah Penyelaras Komuniti Bestari Kampung Paya Guring telah membawa rombongan yang di ketuai oleh En.Abdullah Bin Hassan selaku Pengerusi Komuniti Bestari Laman Bangkinang, Kuala Pilah Negeri Sembilan di sertai bersama Puan Mimi Bt.Abdul Manap Urusetia Komuniti Bestari Negeri Sembilan juga Cik Siti Rasidah Bt.Abdul Musa Penyelaras Komuniti Bestari Laman Bangkinang.
Peserta langsung di jamu makan malam seperti gulai daging rebung, ikan keli goreng, ulaman bersambal, sayur dan buahan seperti durian, rambutan dan langsat di hujung-hujung musim buah di Kampung Paya Guring.


Persembahan yang dibawakan oleh peserta Laman Bangkinang ke Kg.Paya Guring telah memberikan satu pengalaman baru bagi warga Paya Guring yang dapat melihat budaya Minang secara langsung.



Menjelang jam 11.30 tiba lah saat berpisah maka kedua Pengerusi Kg.Paya Guring dan Laman Bangkinang bertukar cenderamata.
Doa kami warga Paya Guring semuga peserta rombongan selamat tiba di Laman Bangkinang dengan selamatnya .
Bas pun bergerak ..... yang pasti nya dengkuran, kekenyangan dan seribu kenangan di bawa bersama seiringan dengan deruman enjin bas menuju ke selatan tanah air.
Salam dari kami .

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
thank`s for your comment