Rakaman berbalas pantun antara Kampung Paya Guring dan wakli dari Perlis
FM bertempat di Dewan Serbaguna pada 15hb Ogos 2009.Kg.Paya Guring di wakili oleh pemantun Tuan Hj.Romle, Puan Siti Zainab dan Sdr.Nazri Md.Isa
manakala wakil Perlis FM terdiri daripada pemantun
yang hebat-hebat belaka seperti Puan Hajjah Bibah Saad, Sdr.Mior Mohd Jamil dan Puan Normala Hayati.
Rancangan berbalas pantun itu terdiri daripada 2 pengacara yang
tidak asing lagi di Radio Perlis seperti Sdr. Purkhan Mokhtar atau
dikenali dengan panggilan anak kampung dan Sdr.Shuib Ramli juga
di kenali sebagai paksu.Seperti yang di rancang, tepat jam 3.00 petang
maka bermulalah proses rakaman tersebut dengan kehadiran ramai penduduk
kampung yang terlibat sama dengan menjual beberapa baris pantun kepada pengacara dan wakil daripada Perlis FM
.
Suasana menjadi begitu meriah bilamana Sdr.Shuib@paksu dan Sdr. Purkhan pandai mengusik dan berceloteh bersama penonton di sesi rakaman petang itu dan ternyata kehebatan kedua pengacara itu berjaya menghasil satu program yang berkualiti di bantu oleh 2 orang juruteknik seperti En.N.Rappunadu dan Sdr Mohd Fahmi.
Setelah selesai proses rakaman rancangan berbalas pantun, di
rakam kan juga ucapan dari orang-orang kampung sempena menyambut Hari Kemerdekaan
dan Ucapan Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2009.
Rancangan berbalas pantun akan disiarkan pada Hari Raya Aidil
Fitri2009
disaluran 102.9 mhz Perlis FM(sungguh serasi)
web : perlis.dapat.fm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
thank`s for your comment