2 bas dari bukit beruntung, Rawang telah tiba di Paya Guring tepat jam 4.30a.m dengan pelajar dan guru daripada Sekolah AN-Najah dan AL Amin. Walaupun tiba diawal pagi penduduk kg.Paya Guring tetap menanti dan menerima dengan tangan terbuka.
Selesai mengagih-agih bilik untuk 86 orang, pelajar dan guru pengiring menunaikan solat subuh untuk kali pertamanya di rumah bapa/ibu angkat homestay mereka.
Pada jam 8.30a.m kesemua tetamu
berangkat ke Galeri DiRaja Arau dan
lokasi yang telah mereka rancangkan dan akan pulang ke
homestay
pada lewat petang.
lokasi yang telah mereka rancangkan dan akan pulang ke
homestay
pada lewat petang.
Setelah lengkap jadual lawatan pada hari itu, pelajar pulang ke homestay dan bersedia untuk makan malam "berkenduri"bersama penduduk kampung pada jam 8.30 malam.
Walaupun kelihatan kepenatan, pelajar-pelajar begitu riang menyusuri jalan kampung menuju ke dewan makan yang hanya 300 meter dari tempat penginapan.
Walaupun kelihatan kepenatan, pelajar-pelajar begitu riang menyusuri jalan kampung menuju ke dewan makan yang hanya 300 meter dari tempat penginapan.
Menu pada makan malam itu adalah gulai ayam, ikan goreng, sayur campur, sambal dan ulam-ulaman.
Minuman air kopi dan milo yang masih panas benar-benar menyegarkan peserta yang ternyata girang dengan kerlipan lampu di dataran Tengku Hajjah Budriah, Paya Guring.
Minuman air kopi dan milo yang masih panas benar-benar menyegarkan peserta yang ternyata girang dengan kerlipan lampu di dataran Tengku Hajjah Budriah, Paya Guring.
Semua bersurai pada jam 10.30malam kerana gerimis. Cuaca pada minggu ini tidak menentu dengan hujan sekali sekala hampir setiap hari. Atas faktor itulah kuliah subuh yang di jangkakan akan di adakan di dataran Hjh.Budriah pada keesokan hari nya dibatalkan.
Dan sebelum mereka bertolak ke destinasi
berikutnya, semua peserta dijamu sarapana nasi purnama
bersama sambal tumis ikan bilis dan telur rebus.
Nyam ! sedapnya kata pelajar-pelajar tersebut, walaupun pedas tapi sedap.
bersama sambal tumis ikan bilis dan telur rebus.
Nyam ! sedapnya kata pelajar-pelajar tersebut, walaupun pedas tapi sedap.
Dalam pada itu, beberapa penduduk kampung mengambil kesempatan menjual produk kraf seperti bakul. dan Bila terkenangkan Homestay Kg.Paya Guring pastinya akan terbayang ikan pekasam yang dibeli dan dibawa pulang.
Setelah itu para pelajarmengambil peluang bergambar
beramai-ramai bersama ibu-ibu angkat mereka dan rakan sekelas.
beramai-ramai bersama ibu-ibu angkat mereka dan rakan sekelas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
thank`s for your comment