
Program Bicara Ilmu telah mengambil tempat sempena malam jumaat yang mana di kampung ini sering mengadakan solat , kelas agama, bacaan Yassin dan tahlil pada setiap minggu .Tokoh yang di jemput adalah Pak Wan Khir , Tuan Syed Muhammad dan Ustaz Wan Hashim.

Program yang telah diatur dan para tetamu telah dijemput, namun tiada siapa yang mampu menyangkal hukum alam.Manusia hanya merancang namun Allah jua yang menentukan. kebetulan pula pada minggu tersebut musim hujan yang telah menenggelamkan banyak kawasan di pantai timur.

Pun begitu ternyata tarikan program tersebut berjaya menghimpun hampir 100 + lebih penduduk kampung sekitar untuk mendengar dan mengambil peluang pada setiap program yang di adakan di Kg.Paya Guring.
Majlis bermula setelah solat Magrib berjemaah. Penyampaian oleh tokoh - tokoh jemputan begitu memikat dengan gaya yang mudah dan bersahaja melupakan kan penduduk kampung akan kedinginan dan kesejukan pada malam itu.
Setelah masuk waktu Isya sekali lagi penduduk berjemaah di dewan terbuka yang sepatutnya di adakan di tempat terbuka seperti diatas Dataran Tuanku Hajjah Budriah. Begitu damai bilamana doa dibacakan dalam keadaan cuaca begini yang jarang-jarang dapat kita nikmati ketika bersolat, bertahlil, berdoa dalam kawasan terbuka bersama kedinginan malam yang berangin.

Kedinginan malam , kepetahan berpidato tokoh jemputan juga keenakan makan malam tak boleh menceritakan hikmah keseronokan berjemaah di kawasan lapang yang sebelum kita telah lama di amalkan di zaman Rasullallah S.A.W. Apalah hikmah nya ?

itulah yang dilakukan oleh nabi Allah Adam a.s ketika di hantar ke dunia bila hilang gelap berganti siang, maka baginda pun sujud 2 rakaat tanda shukur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
thank`s for your comment