Isnin, 22 Februari 2010

UiTM International Centre

17-20 Feb 2010

Homestay kampung Paya Guring telah di pilih oleh Kementerian Pendidikan Tinggi sebagai lokasi projek perintis bersama -sama dengan UiTM, Shah Alam Selangor.
Seramai 33 peserta termasuk Kaunselor, Pensyarah dan pegawai terlibat dalam Program Khidmat komuniti (Service Community Programme ) bermula dari 17 hingga 20 hb Febuari 2010.

Tepat jam 3.00 petang bas UiTM memasuki perkarangan pintu masuk kampung  dan telah di sambut oleh paluan Hadrah dan penduduk kampung yang berbaris dan bersalaman dengan pelajar-pelajar sambil tersenyum !

Majlis di mulakan dengan ucapan aluan oleh Penasihat Homestay Kg.Paya Guring Tuan.Hj.Ramli Bin Walat mewakli Pengerusi Tn.Hj.Romle Hassan.
Penyerahan anak-anak UiTM oleh Puan Azzah selaku Kaunselor kepada warga Paya Guring, telah disambut dengan gembira.
Semasa bersalaman dengan keluarga angkat, mereka di tunjukkan cara bersalaman dengan orang yang lebih tua iaitu mencium tangan dan mereka telah menunjukkan sikap yang mahu mempelajari budaya Melayu dengan cepat tak hairan lah kenapa mereka cepat boleh bercakap dalam bahasa Melayu.Tahniah ! Terasa mesra tatkala jamuan pada petang itu bilamana pelajar mengambil peluang duduk bersama keluarga mereka sambil bercerita dan mengambil berat satu sama lain.



Setelah semua peserta pulang bersama keluarga angkat, Puan Azzah telah mengikuti dari belakang untuk melihat sendiri para pelajar bersama keluarga dan menemu bual keluarga untuk mengetahui latarbelakang dan sebagainya. Pada sebelah malam nya pula sesi suai kenal telah di adakan di dewan terbuka Kg.paya Guring dan para peserta telah tampil memberikan respon yang mata baik yang bercerita tentang pengalaman , asal usul dan pelbagai topik yang di kendalikan oleh Sdr.Nazri . rami yang terbahak-bahak dengan telatah dan kerenah peserta yang di jemput naik. HEBAT !


Dalam masa tu sempat juga Puan Azzah melawat sebatang pokok Keranji yang berusia lebih dari seratus tahun dan di abadikan dalam gambar.Penulis pernah bercakap dalam forum di PJ Hilton pada tahun 2009 tentang kesedaran masyarakat mengenai sumber alam yang masih wujud, untuk di warisi kepada generasi sekarang. Adalah mudah untuk menumbang kan sebatang pokok yang saiz nya hampir 2 pemeluk, tetapi fikirkan berapa lamakah masa yang perlu untuk kita nikmati hasil alam ini. Penulis masih berharap sekiranya ada pihak yang berminat untuk membuat kajian mahu pun menaja pokok ini dari terus di tebang atas sebab-sebab tertentu.

Pada hari kedua di Homestay Paya Guring, pihak UiTM International Centre pula mengambil giliran dalam Program Khidmat Komuniti dengan menganjurkan Sesi Dialog bersama dengan warga Paya Guring dengan tajuk Mentaliti Operator Homestay  dibawah kendalian Puan Azah dan SDr. Firdaus.Pelbagai topik dan pertanyaan  telah disuara dan dilontarkan oleh peserta. Pun begitu kebolehan Puan patut di puji kerana bijak menggunakan batas dan waktu bersama Sdr.Firdaus dengan demo susun atur juga  cara-cara memotong buah hidangan VVIP. BRAVO !
Di sebelah petang nya pula Khidmat  Komuniti UiTM sekali lagi bergotong royong dan memperkemaskan lagi Lanskap di persekitaran dewan Kg.Paya Guring dengan hanya 1 jam 30 minit berbekalkan dengan 'team spirit' dari pelbagai negara akhirnya sentuhan mereka berjaya membuat taman mini UiTM. SYABAS !!! Tabik ! Salute !
Senja menjelang tiba, seorang demi seorang meninggalkan perkarangan dewan menuju ke rumah keluarga masing-masing.
Selepas solat magrib dan Isya berjemaaah warga Paya Guring mengadakan bacaan Yassin bersama pelajar.
Tepat jam 9.30malam, semua peserta tiba di Dewan terbuka untuk program demontrasi seperti menyediakan inai untuk pengantin, anyam keterok, ketupat palas, kukur kelapa, penyediaan bunga telur, bermain congkak dan membuat wau. Diantara semua demo - demo tersebut, malam berinai lah yang paling manis dan indah , apatah lagi kedua mempelai dapat mengalami pengalaman malam berinai hinggalah ke pelamin yang akan berlangsung pada keesokan malam nya.Pengantin lelaki dari Somalia manakala pengantin perempuan dari Thailand.


Sebagai penghormatan. Puan Azza telah di jemput untuk menginaikan kedua mempelai bersama warga paling tua di Paya Guring, Wa Ahamd Abdulah.beliau berusia 93 tahun yang begitu 'sporting' menginaikan pengantin sambil bercerita pengalaman lama beliau suasana kenduri kahwin pada tahun 1930an. Walaupun hanya sebagai olok-olok, tetapi kedua mempelai tersipu-sipu malu bila digandingkan bersama.Malam kedua yang sungguh bermakna bagi mereka berdua di Homestay Paya Guring. majlis berakhir pada jam 11.30malam.

Hari Ke 3
Seawal pagi peserta tidak sabar menantikan kedatangan bas kerana hari ini adalah program ke Gua Kelam, tepat jam 9.00 pagi  bas mula bertolak ke destinasi dengan riuh rendah peserta didalam bas.Pengalaman penulis bersama mereka mengingatkan zaman persekolahan yanag telah lama ditinggalkan. Ternyata peserta yang mula berkenalan semasa dalam perjalanan kesini sudah mula serasi antara satu sama lain. Mereka adalah dari fakulti yang berbeza dari UiTM Shah Alam. 



Pengalaman pertama di pintu masuk Gua...Chef Firdaus di sengat tebuan di jari nya ketika membasuh tangan didalam bilik air berhampiran kaunter. Perasaan peserta bagitu teruja apabila melangkah masuk tatkala menuruni tangga menuju ke sungai bawah tanah. Hanya berbekalkan lampu dari 'Handphone' kami begitu berhati-hati kerana besi, kayu dan halangan yang menanti kami di dalam perut gua tersebut benar-benar mencabar dan menguji kesabaran selama hampir 50 minit meredah kegelapan di dasar gua yang berair, akhirnya kami tiba dimulut gua sebelah dalam yang menghubungi sungai. Dari situ kami masuk ke titian umum untuk keluar melalui gua yang lain. Phuss !! satu pengalaman yang luarbiasa, dimana langsung tiada dalam fikiran kami sebelum itu apakah yang menanti kami dalam perut gua di sungai bawah tanah kerana ramai yang menceritakan pernah terserempak dengan ular dan binatang buas di dalam tu. Alhamdulilah..semua nya selamat .
sambung ...lagii....................

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

thank`s for your comment