27.Nov. 2009 - Hari Raya Korban (Aidil Adha 09 )
Kampung Paya Guring seperti tahun-tahun sebelum nya telah melakukan acara korban sempena sambutan Hari Raya Aidil Adha untuk kali ke 15.
Di pecahkan kepada 7 tompok, penduduk kampung Paya Guring secara bergotong royong telah berpakat untuk melakukan dari penyembelihan, lapah, membersih hinggalah memasak daging tersebut untuk di buat kenduri dan di makan beramai-ramai.
Di ketuai oleh Tuan Hj.Ramli Hj.walat sebagai tukang sembelih dan dibantu rakan sekampung yang lain.
Tidak seperti di tempat lain, setelah
di timbang daging agihan dari 7 tompok tersebut maka di sedekahkan pula untuk di masak dan perkongsian itu di nikmati bersama sama penduduk Kg,Paya Guring dan keluarga jauh dan dekat daripada 7 peserta daripada 7 tompok tesebut.
Adalah lebih makmur dan bermanafaat bilamana seekor lembu dapat di nikmati oleh hampir 150 orang dalam pada masa yang sama, tua, muda dan kanak-kanak, berbanding seandainya 7 tompok tersebut di bawa pulang oleh 7 orang yang berkongsi seekor lembu.
Insyaallah pada tahun berikutnya tradisi sebegini akan diteruskan oleh generasi yang bersilih ganti, semuga Allah menerima korban yang telah di jayakan oleh ketujuh peserta tersebut yang dapat dirasai oleh ramai keluarga, sahabat handai dan penduduk sekeliling.
Selamat menyambut Hari Raya Korban 2009 .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
thank`s for your comment