Jumaat, 20 November 2009

Pelajar Luar Negara -USM



20/11/09 - Homestay Kg.Paya Guring


Hampir 40 orang pelajar dari beberapa negara Asia  yang menuntut di Universiti Sains Malaysia telah bertandang dan tinggal selama 3 hari 2 malam di Homestay Kg.Paya Guring.Bas yang tiba pada jam 5.30pm telah disambut seperti biasa dengan bunga manggar, hadrah dan deretan penduduk kampung yang berseragam lelaki dan perempuan.


Rombongan yang di ketuai oleh Cik Faridah wakil dari Hal Ehwal Pelajar telah dialu-alukan oleh Penasihat Homestay dan JKKK Kg.Paya Guring
  

Hidangan minuman selamat datang. Latar belakang yang berbeza antara pelajar-pelajar yang datang dari Arab Saudi, Palestin, Jordan, Lebanon, Pakistan, Iran, Bangladesh, Afrika, Filipina, Thailand Turki dan sekitar Asia telah memberikan satu kelebihan kepada penduduk kampung kerana berani menerima mereka sebagai anak angkat walaupun tidak fasih berbahasa Inggeris, namun warga Paya Guring mampu melayan makan dan minum dengan senyum yang penuh keikhlasan.



Satu kebanggaan apabila En.Abdullah  Bin Ahmad @Wa Mat yang berusia 93 tahun serta isteri yang hanya tinggal berdua mampu menerima anak angkat perempuan dari Iran dan Bangladesh. Walaupun usia hampir mencecah 100 tahun , tetapi sikap bermasyarakat dan penglibatan dalam apa jua program di Kg.Paya Guring wajar di contohi dan kalau boleh pihak - pihak tertentu atau kerajaan perlulah mengangkat dan mengiktiraf individu individu seperti beliau sebagai ikon .


Setelah pengagihan anak anak angkat dilakukan, maka berduyun-duyun lah mereka melewati jalan kampung menuju ke rumah keluarga angkat masing-masing. maka tersenyum lah keluarga apabila menerima anak angkat daripada beberapa negara yang berbeza.Pada sebelah malamnya peserta di persembahkan dengan acara kebudayaan seperti Hadrah, Gendang panjang ,Pencak Silat,Nasyiddan  tarian Poco-poco.Sebagai membalas persembahan tuan rumah beberapa pelajar dari Timur tengah mempersembahkan tarian dan membaca sajak dalam bahasa Arab di iringi oleh tiupan nafiri.


Hari ke 2



Pada awal pagi peserta mereka di tunjukkan demo membuat bakul daripada kertas sementara menanti hukjan teduh dan setelah itu di bawa merentas kawasan bendang sambil mengail ikan dan mereka dapat melihat sendiri aktiviti di sawah seperti membaja, merumput dan sebagainya dalam hujan renyai-renyai.


Dan setelah puas mengail ikan mereka di bawa pula ke kolam untuk menimba dengan mengunakan timba yang di hayun menggunakan tali. Miski semua peserta terlibat, namun mereka masih ragu-ragu untuk terjun ke dalam kolam berlumpur untuk bersama-sama menangkap ikan sepat, haruan, keli puyu dan lain-lain.


Keadaan cuaca telah membatalkan program "ke kebun getah" untuk menoreh dan langsung ke Dewan utama untuk demo seterusnya seperti menganyam Keterok, Ketupat Palas , bermain Congkak , Batu Seremban.juga Mengukur/memarut  kelapa kukuq nyok) .Setelah puas dengan demo, peserta lelaki mencuba pula bermain Hadrah dan sepak raga.
 
Lewat petang mereka mula berjalan menuju ke Pekan Pauh untuk membeli barangan dan cenderamata untuk keluarga masing-masing.

Hari Ke 3
Saat -saat yang yang sukar untuk tuan rumah apabila tiba waktu berpisah dimana beberapa pelajar telah mula memeluk keluarga masing-masing setelah ucapan demi ucapan oleh Pengerusi, Wakil Pelajar dan penduduk kampung . Walaupun hanya 3 hari 2 malam ternyata kemesraan yang terjalin menunjukan yang tuan rumah sudah terbiasa yang sering menerima tetamu angkat begitu cepat dan menambat hati peserta dari luar negara .



Semasa ketibaan bas , masih terdapat anak-anak angkat yang berat meninggalkan Homestay Kg.Paya Guring dengan membawa pulang beberapa jenis anak semaian tanaman yang sesuai di tanam didalam bilik sebagai kenangan. 




Salam dari kami untuk ANDA semua. Semuga selamat ke destinasi .

 






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

thank`s for your comment