29-31 Okt.2009- Kg Paya Guring
Tepat jam 5.45 petang, sebuah bas mulai
memasuki medan letak kereta dan muncul lah peserta program HAKAS siri kedua juga dari Merbok, Yan Kedah seramai 40 ahli keluarga.
Seperti biasa peserta di sambut dengan iringan bunga manggar dan paluan hadrah beserta nyanyian selamat datang .
Seperti siri yang pertama, kehadiran peserta dialu-alukan oleh pengerusi Gerakan Desa Wawasan (GDW) Tn.Hj. Romle Hj.Hassan dan dimulai dengan bacaan doa oleh Tn.Hj.Ramli Bin
Hj.Walat selaku penasihat GDW.
Setelah jamuan ringan disajikan para peserta
diagih-agihkan kepada ibu-bapa angkat yang terdiridaripada penduduk kampung Paya Guring. walaupun baru berkenalan ternyata penduduk tidak kekok yang sudah biasa menerima anak-anak angkat daripada banyak negeri.
Pada malam itu sebelum bermula sesi "ice-breaking, jamuan barbeku desa ikan bakar di hidangkan sebagai makan malam yang disediakan oleh penduduk kampung secara gotong royong .
Ketua Fasilitator yang senang dipanggil Pak Wan.
Dewan menjadi gamat apabila Pak Wan mula
berceloteh untuk membiasakan peserta dengan
program dan sebagai pembuka minda
untuk memahami tujuan dan falsafah HAKAS.
Hari Kedua
Setelah berserapan di rumah keluarga angkat peserta mulai ke dewan untuk sesi yang telah di atur. Fasilitator mula mengambil tempat untuk sesi latihan dalam kumpulan dan sebagainya.
Peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu kumpulan Bapa, Ibu, Remaja Lelaki dan Remaja Perempuan. Setelah makan tengahari semua peserta lelaki dan ayah juga bapa angkat menunaikan solat jumaat di masjid berhampiran.
Sukaneka diantara keluarga adalah sebagai
riadah pada petang itu dimana boleh disaksikan
hubungan baik terjalin antara ibu, ayah dan
kedua anak remaja yang begitu akrab satu
sama lain yang mana jarang sekali kita dapat
melihat hubungan baik yang boleh dibentuk
pada hari kedua program HAKAS .
Pada sebelah malam hari kedua, semua peserta beserta penduduk kampung berjemaah solat magrib dan bacaan yassin setelah itu langsung menunaikan solat fardhu isya sebelum menikmati makan malam.
Hari Ketiga-
Pagi ini tergambar diwajah peserta keceriaan berbeza sewaktu hari pertama tiba mungkin kerana kesedaran, pengetahuan, dan tunjuk ajar yang telah mereka dapati dalam Program HAKAS dan begitu sensitif apabila tiba saat-saat untuk berpisah.
Setelah sesi terakhir pun berakhir, ibu dan bapa angkat menyerahkan
cenderahati, sesi bergambar beramai-ramai di adakan di hadapam astaka Dataran Tuanku hajjah Budriah dan setelah itu kedengaran penduduk kampung bersolawat mengiringi perpisahan sementara dan berpelukan lah sesama insan yang berjaya di programkan insyaalah akan menjadi keluarga penyayang, berilmu dan berkualiti.
Kepada semua peserta dan ahli keluarga Kg Merbok.... anggaplah ini bukan perpisahan yang terakhir, keran sekali silaturahim telah terjalin maka insyaalah saudara lah kita selagi hayat di kandung badan. Doa kami semuga ikatan yang baik akan terbuku menjadi sebuah keluarga yang besar. Semuga Allah melindungi tali perhubungan kita yang terlibat secara langsung atau tidak dalam program yang sebaik ini demi Agama, Bangsa & Negara.